About Me

My Photo
sri damansara, kuala lumpur, Malaysia
~~it's final semester!!!! must work even harder to finish my study ^_^ ~

~Kawan-kawan~

~apa yang saya baca~

Thursday, February 27, 2014

~WEDDING CIK OREN & RONDA-RONDA SAMURA~



minggu lepas 21 & 22 Feb pergi Johor tengok ex-dormmate (Ika a.k.a cik oren) kawen, masuk kali ni dah 2 orang budak dorm kawen. best sangat!!!! sebab diz time semua datang kecuali sorang je sebab dia ada kat sabah bekerja. so petang 21hb tu aku n mira gerak dari KL ke Kg Raja, Pagoh, Muar. bajet mula2 macam tak sempat la nak tengok cik oren ni nikah, sebab diorang nak buat pukul 8 malam majlis tu, tp alhamdulillah, rezeki, kitorang sampai masa tu belum nikah lagi, so sempatla tengok. sweet sangat2!!

kenapa panggil die cik oren?? sebab Ika ni suka sangat2 kaler oren. hehe. lepas je acara nikah kat masjid, aku n mira balik rumah pengantin untuk acara malam berinai pulak + dinner (laparrr sebab gerak dr KL xsmpat makan ape2). btw..gmbr untuk malam berinai xde since bateri hp + tablet tgh kong plus lighting tak bape cantik untuk gambar malam tu. gambar yang ade is gambar masa sesi batal air sembahyang dekat pelamin kat rumah oengantin perempuan. even gambar masa nikah pun xclear sangat..sedey gak la...
 
aku & mira..baru lepas balik masjid untuk acara nikah..tunggu pengantin untuk acara malam berinai pulak, muka lapar..hahaha :D

dah selamat nikah dah~~~ :P ..gmbar ihsan cik  mira

22hb Feb 2014. esoknye, siap2 nak g majlis reception pulak. sementara menunggu ahli2 dorm yang lain datang, kitorang pun bergambar la kejap..haha.


menunggu ahli2 sarjana 1 yang lain untuk datang!!


alaaaaa....pakcik belakang tu kacau la...spoiled gmbar i..hahahaha

bergambar dengan pengantin perempuan sementara pengantin lelaki belum sampai, ni pun xcukup lagi ahli2 sargeant one ni


SARGEANT ONE FOREVER!!!
Jayarians with the beride (3 orang ahli sargeant one are jayarians :D)




lepas selamat je reception, kitorang bercadang nak pergi melawat tempat "bersejarah"..tak lain tak bukan, melawat balik SAMURA!!! samura a.k.a sekolah menengah sains muar...tempat yang membawa 1001 kenangan pahit dan manis unutk kitorang semua!!! tak plan pun, tetibe je masa kat kenduri tu diorang suggest nak ke sana. so dengan exited nye, i pun roger2 la my mentor Pn. Aszurah konon nak jumpa melepaskan rindu, tapi nampaknya takda rezeki sebab beliau ke pasir gudang untuk acara WORLD KITE FESTIVAL 2014. sedey giler sebab tak dapat jumpa..sebab dah banyak kali cikgu jemput mai samura tapi tak pergi2..but insyaallah next time ade rezeki akan ku gagahkan jua kaki untuk ke sana lagi :D

ni pun tak dan nak amik sume gambar..sebab Dr Adib kene masuk keje jam 8, so dapat buat lawatan sekejap2 je. takde gambar kelas (konon nak g la melawat kelas lama), takde gambar dewan makan, tak de gambar bilik dobi (walaupun sebenarnya lalu je bilik dobi tu, tapi dah kehausan sangat tak terpikir nak snap gambar, sempat beli air je..hahaha).

masa sampai kat pagar sekolah tu, tak tau nak gambarkan perasaan macam mana, tak sangka. sejak tinggalkan samura tahun 2005, ni la latest datang melawat samura. tempat pertama kitorang jejak is surau samura. masing2 solat zohor kejap, then kitorang pun plan nak g melawat dorm masing2. asalnya nak naik je dorm tu, tapi demi menjaga reputasi sebagai seorang bekas pelajar samura, kitorang pun ketuk la pintu bilik warden sebab nak mintak kebenaran..lama jugak la menunggu warden cakap OK. alhamdulillah warden bagi.

bayangkan la..kitorang adalah batch 22 samura, n now dah masuk batch 32..imagine how long enough we've been leaving samura..tak sangka dah lama rupanya, rasa macam kejap je. rasa nak duduk samura balik je..huhu

so..here u are!!! enjoy the pics!!!!

welcome to SAMURA!!!

sementara menunggu warden bagi kebenaran nak 'panjat' dorm :P
laluan aspuri, dulu2 setiap kali balik daripada riadah/kelas nak ke dorm mesti lalu sini :D
laman aspuri yang dah bertukar wajah
ni la dorm saya!!!
we're here!!!
sargeant & pujeng!!
proud to be a part of SARJANA!!
sedey sebab tak tau bila lagi dapat jejak kaki ke sini :(
layan murtabak singapore sebelum balik..nyum2!!!

akhirnya lebih kurang jam 6 kot kitorang bergerak pulang ke destinasi masing2..sedey nye tinggalkan samura. insyaallah ada rezeki kami datang lagi. sedey jugak berpisah dengan kawan2. tak sangka dah hampir 10 tahun tinggalkan samura. alhamdulillah kami masih berkawan sampai sekarang!!! 

next event: wedding cik Pah!!! :P

Monday, January 6, 2014

~PENGALAMAN YANG MENGAJAIBKAN~

hai korang!! ape khabar? hope sihat2 lah hendaknya :D

ok, korang penah dengar x pasal radiancez skin care?

Kesan hilang jeragat & jerawat seawal 7 hari yang terbukti menjadikan anda lebih berkeyakinan. 9 dari 10 pengguna akui 2x ganda kesannya yang mujarab! yang penting? ada KKM okey! Berbeza dari yang lain!

rata2 ramai yang sangat2 puas hati dengan keberkesanan produk ni tau...

radiacez skincare ni merupakan produk keluaran syarikat Aqua International Malaysia . 

kalau nak tau sape Aqua International ni..anda boleh klik sini

kat bawah ni antara testimoni daripada customer:













Set Rawatan Wajah Radiancez merupakan sistem lengkap 3-langkah yang mengembalikan keanjalan dan kehalusan kulit, membantu menyerikan dan mencerahkan kulit, serta melawan tanda-tanda penuaan, kedutan, jerawat, jeragat dan tona tidak sekata.

Set Rawatan Wajah Radiancez amat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia bebas Alkohol dan Paraben, lulus Halal, GMP dan KKM.

Radiancez skincare terdiri daripada 3 jenis iaitu Facial Cleanser, Day Cream dan Night Cream.

Radiancez Facial Cleanser:
  • menyucikan wajah dengan membuang sel-sel kulit mati dan minyak berlebihan di liang pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat dan pelbagai masalah kulit.
  • Mengandungi Minyak Kelapa Dara dan Minyak Argan untuk menambah baik kelembapan dan kandungan lipid pada kulit anda dan pada masa yang sama mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan kedutan.
Radiancez Day Cream:
  •  bertindak secara proaktif untuk mengekalkan keanjalan kulit serta melawan penuaan dengan cara semulajadi.
  • Formula unik kami menggabungkan penggunaan foundation, concealer, pelembap, kawalan minyak, mengetat liang pori, membaiki tona kulit dan anti-kedutan; semuanya dalam satu krim sahaja.
  • Mengandungi SPF 30 untuk melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya. Untuk kesan terbaik, gunakan selepas mencuci muka dengan Radiancez Facial Cleanser.
Radiancez Night Cream:
  • memulih dan membaiki kulit anda ketika sedang tidur dengan memberikannya nutrien-nutrien penting yang hilang ketika bekerja di siang hari.
  • Gabungan ekstrak Sireh, biji Habbatus Sauda dan Vitamin E merangsang penghasilan kolagen dan elastin yang memberikan kulit pertumbuhan dan kelembapan optimal.
  • Mengandungi Pure Stem Cell untuk mengurangkan pigmentasi dan melawan tanda-tandapenuaan dengan berkesan. 
  • Minyak Tea Tree Australia memerangi jerawat dan jeragat serta menghalang parut dan cela. Untuk kesan terbaik, gunakan selepas menccui muka dengan Radiancez Facial Cleanser.
selain produk penjagaan wajah, Aqua International juga ade mengeluarkan slimming lotion...sesuai bagi mereka yang masih mencari2 produk yang sesuai untuk menguruskan badan

Glowshape Ice
Faedah Glowshape Berbanding Produk Lain:
  • Mengandungi L-Glutathione yang memberikan nutrien secukupnya kepada kulit untuk menghalus dan mencerah dengan formula pelembap dan pencerah dengan serta-merta.
  • Melindungi kulit dari cahaya matahari yang berbahaya dengan pelindungan SPF25. Ia membantu menghindarkan masalah kulit kering, kusam dan tona tidak sekata. SPF25 membantu mengurangkan kesan-kesan penuaan seperti pigmentasi, tompok hitam dan kedutan.
  • Diformulasikan dengan Pure Stem Cell yang sangat berkesan dalam pertumbuhan sel-sel kulit dan pemulihan lapisan luar epidermis kulit serta mengurangkan pigmentasi.
  • Mengandungi Pure Marine Collagen yang menghubung dan menyokong pertumbuhan tisu kulit. Selain membantu proses pembakaran lemak dan penurunan berat badan, pada masa yang sama ia juga menambahbaik tekstur kulit supaya lebih anjal,lembut, licin dan kurang berkedut. Kulit anda akan kelihatan lebih muda dan berseri-seri.
  • Mengandungi ekstrak haruman dari Perancis.
  • Tidak panas dan pijar; sebaliknya dingin dan nyaman.
  •  Lulus Halal, GMP dan KKM.

di bawah ni merupakan antara reaksi2 daripada pengguna Glowshape Ice. 







ramai yang sangat2 puas hati dengan dua2 produk ni. jadi tunggu apa lagi? jika anda berminat dan ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang telah merasai sendiri keberkesanannya...sila ke sini  untuk pembelian :D

Monday, December 16, 2013

~PROMOTE PROMOTE!!!!!~

assalamualaikum...nak promote cket. sape2 yang berminat nak carik kain pasang/shawl/dress boleh la try link kat bawah ni..

ada macam2 pilihan..dan akan di update dari semasa ke semasa :D

insyaallah harga berpatutan..jangan segan silu k!!!!!

nak beli untuk diri sendiri, mak, kawan2..pun boleh :D

kain cotton/shawl/dress @ chantek chantek

Saturday, December 14, 2013

~LAGI TEMAN SEPERMAINAN DAH KAWEN~


last week (dec 7th 2013), sorang lagi sepupu yang rapat dah kawen. teman same2 panjat pokok, tangkap ikan, main kejar2, main basikal dan macam2 lagi. dalam ramai2 sepupu perempuan, ade 2 orang yang aku rapat. sorang dah kawen. n now, yang ni pun dah kawen. kire tinggal aku sorang je la antara kitorang yang masih single mingle lagi.

tapi 2 la, majlis nikah dapat tengok, tapi majlis sanding dapat tengok pengantin jalan nak ke meja makan beradap je. sebab lepas pengantin laki sampai je diorang terus ke makan beradap, so tak sempat tengok diorang sanding dekat pelamin n tak sempat jugak nak amik gambar sama2 dekat pelamin sebab bekejar untuk pergi kenduri lain. huhu. sedey betul. tapi nak buat macam mane kan...

a few minutes before went to masjid for solemnization ceremony
dub dab dub dab..hahaha
lepas akad nikah di masjid, bergambar atas pelamin dekat rumah pulak :D
ikut pengantin buat outdoor photography..
kelassssssssss kau...hahahaha :P

Saturday, November 23, 2013

~PUNAH SEGALANYA~

ok..jumaat minggu lepas merupakan 1 minggu yang memang tersangat2 lah disaster nye. laptop tetibe hang. lepas tu terus mati. bile on balik. die tak boleh masuk windows sebab tertulis kat skrin file missing. anta g repair esoknye expect boleh siap sehari je. skali bkn takat kene format (masuk ni kali ke 4 sepanjang almost 7years berkhidmat) rupenye kipas dalam die dah memang jahanam abis. tak boleh nak pusing langsung. so die overheat. memang aku tak penah sedar pun sebab slame ni die duduk atas cooler je semedang. since abang (giler ensem abang kedai tu..skali laki orang rupenyer.....anak 2 dah..hahahaha) kedai tu tak de stok barang, kene la tunggu isnin baru boleh die repair. tuk tak tuk tak. selasa baru amik. 

lepas tu exited la nk gune laptop sebab weekend mati kutu tak tau nak buat ape sebab laptop anta repair kan. skali, punye la semangat aku copy balik back up files aku...broadband tak boleh nak connect and bluetooth tak dapat detect..so aku tak boleh la nak send files via bluetooth. aku punye la ingat bil tak bayar ke ape ke..skali pegi celcom centre line ok je..bil takde yang tertunggak. tanye2 member ade la sorang tu die pun penah kene jugak. so die suruh anta balik ke kedai repair laptop tu.

so dalam hari khamis baru aku dapat anta sebab bz ngan labwork. last2 jumaat tengah hari baru aku dapat balik. so broadband dah boleh gune tapi bluetooth still problem. abang tu cakap dei dah cek sume system etc, xde prob..tapi die still xtau nape. emmmm..stress jugak, tapi takpela..nak buat cmne. nasib tak kene byr kn...

paling tak best format laptop kali ni adalah kerana semua favorite sites aku yg aku bookmarked dekat browser ilang camtu je...nasib la ade certain sites tu aku still ingat username n password die. kalau tak. memang haru biru la hidup aku.

and nasib baik la jugak semua kerja2 lab aku aku dah back up sume. takde la aku menangis air mata darah sebab data ilang. abis la kerja2 aku selama 3 tahun ni. nak repeat balik dari A memang tak la......

so hopefully lepas ni dah takde problem ape2 lagi dah.